Selasa, 21 Jun 2011

PEMBEDAHAN LASIK

penah dengar pembedahan lasik??? aku memg dh lme dengar pembedahan ni...tp ad y baru2 ni, pembedahan tersebut lg canggih....!!!! tp xtau le plak kosnye bape..agak2 mesti beriban gak tuh ... mau 6 7 ibu agaknye...adoi~~~ ak concern bnde2 ni sebab den pon rabun!!! rabun kronik gak....huahuahua...kalu ad bajet lebih memg nk g wat pembedahan nih....

kat cni ad cket info pasal pembedahan lasik...enjoy!!!!

kaedah pembedahan Lasik (laser assisted in situ keratomileusis) terpantas di dunia (setakat ini), Wavelight Refractive Suite. (name pon canggih bebeno)

  • Pengarah Pusat Perubatan Mata Lee (LEC), Dr. Lee Mun Wai mengatakan rawatan Lasik ini adalah pembedahan untuk membetulkan masalah penglihatan yang membabitkan kornea seperti rabun dekat (myopia), rabun jauh (hiperopia) dan astigmastisma (lengkungan kornea tidak sekata yang menjejaskan penglihatan dekat dan jauh)
  • teknologi moden dari Jerman itu berkesan dan pilihan mudah kepada mereka yang mahu bebas daripada memakai cermin mata dan kanta mata lekap.
  • prosedur rawatan adalah cukup pantas dan diyakini selamat. Malah ia tidak sakit dan hanya menggunakan ubat titis mata sebagai anestetik.
  • pembedahan ini mengambil masa kira-kira 10 hingga 15 minit saja
  • Dengan gabungan dua jenis laser iaitu 200 kHz Wavelight FS200 femtosecond dan 500Hz Waveligh EX500 excimer, tekonolgi Wavelight Refractive Suite yang pertama diperkenalkan di Malaysia dan Asia menjadi platform pembedahan baik pulih mata terpantas di dunia.
  • Lasik adalah pembedahan yang selamat. Mata seseorang diperiksa terlebih dulu, terutama tekanan dalam mata, kelengkungan kornea dan ketebalan kornea bagi memastikan seorang layak menjalani pembedahan ini
  •  rawatan itu juga dilengkapi dengan rangkaian komputer bersepadu yang dikenali sebagai WaveNet yang membolehkan pemindahan data pesakit dilakukan melalui peralatan diagnostik ke laser itu. Ini membolehkan doktor yang merawat memberikan hasil pembetulan mata secara konsisten beserta hasil visual berkualiti tanpa kompromi dari segi tahap keselamatan ketika melakukan rawatan.
  • antara ciri menarik teknologi laser FS200 adalah kemampuannya merawat mengikut bentuk dan saiz kornea yang berbeza, mampu meminimumkan insiden lapisan gelembung yang kabur, malah FS200 juga merupakan laser femtosecond yang terpantas dan mampu mengurangkan masa untuk membuat lapisan nipis (flap) pada mata kepada enam saat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan